Saturday, March 5, 2011

What's Cooking - Curry Mee / Mee Kari

I am sure all of you have cooked before, even if it means cooking a bowl of Maggi. And I am also sure that in the many dishes/cuisines that you've cooked, you have one special favorite whereby each time you cook and serve it, everyone can't seem to stop talking about it and that will make you gloat with pride. :D

I've got a few, and here's one of them -- my very favorite curry mee!


To cook curry mee isn't difficult, but it's just rather tedious because it involves many ingredients (if you want a nice, delicious curry me, of course). Of course, if you do not mind eating just the mee and curry alone, then that's completely fine as well. It will still turn out good, only less 'oomph' lah! :P


Anyway, for those who are craving for curry mee but simply do not have time to go out and eat out, how about eating in and trying this recipe out? Oh, and mana tau kot ada tetamu nak datang ke apa, boleh cuba hidangkan mee kari spesel ni ye tak! Confirm next time tetamu tu datang lagi bawak pinggan! :P

Okay, enough talk, and let the cooking begins! The recipe is going to be in Malay, just because it's much easier to explain in Malay ok, haha :P Right, this is how I make my curry mee. You will need. . .

Bahan-bahan
=========

1) Mee (300g)
2) Isi ayam (100g)
3) Udang (200g)
4) Udang kering (2 sudu besar)
5) Bawang putih (4 ulas)
6) Bawang besar dipotong bulat (1 biji)
7) Bawang merah (5 ulas)
8) Serai (2 batang)
9) Rempah kari daging/ayam (1 paket kecil)
10) Pes cili (2 sudu besar)
11) Santan (4 cawan)
12) Sawi (1 ikat)
13) Kacang panjang (1 ikat)
14) Taugeh (1 paket)
15) Tauhu goreng cina (5-10 biji)
16) Fish balls (1/2 paket)
17) Fish cakes (1/2 paket)
18) Kerang (1 kg)
19) Telur (2 biji)
20) Cili merah dihiris nipis (1 biji)
21) Gula (secukup rasa)
22) Garam (secukup rasa)
23) Minyak untuk menumis (secukupnya)
24) Air (secukupnya)

Cara-cara
=======

1. Tumbuk udang kering, bawang merah, dan bawang putih sehingga lumat.

2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga sedikit garing dan masukkan rempah kari (dicairkan dengan sedikit air) dan pes cili. Kacau hingga pecah minyak. Jika terlalu kering, masukkan air dan kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan masukkan santan. Kacau supaya santan tidak berketul dan biar hingga mendidih. Jika kuah terlalu pekat, masukkan air secukupnya.

4. Masukkan gula, kacau sebentar, masukkan udang dan garam. Apabila kuah tadi mendidih, masukkan serai, tauhu goreng, fish balls dan fish cakes. Biar mendidih sebelum dihidang. Akhir sekali, sesuaikan rasa (garam & gula).


Bahan sampingan
=============

1) Sementara itu, celur sawi, kacang panjang dan taugeh hingga layu. Angkat dan toskan.
2) Celur mee. Angkat dan toskan.
3) Celur kerang di dalam air yang mendidih selama 10 saat. Kupas kulitnya dan ketepikan.
4) Rebus isi ayam. Apabila sudah masak, carik-carikkan isinya dan ketepikan.
5) Rebus telur. Apabila sudah masak, ketepikan.
6) Hiris halus cili merah mengikut citarasa.

10 comments:

Cherie said...

aaa aku memang teringinnnnnnnnnn! hetchu.

IRIN PUTRI said...

I'm not much of a cook. Just looking at the list of 24 bahan-bahan I know I'm not gonna make this. Just go to your place and makan :D

Btw, nuffnanger can display ads from nuffnang on their blog?

Thara said...

cherie :
haaa try la resepi ni! dkt sana ada bahan tak? kalau takde, nanti gua kirimkan bau je la ye :P

irin :
hehe, yang banyak barang tu optional je. bole je tak include kalau malas :P ooh, nuffie u mean? nuffie = nuffnang staffs , nuffnanger = bloggers. nway both nuffie and nuffnanger can display add and earn from nuffnang ;)

jamiey writes said...

Thara! You make it sounds so easy! Will try it out too

jamiey writes said...

Although there's a lot of ingredients needed but it should be doable haha

MOMMY NADIA said...

wahwah so yummy!
I ni hantu mee kari..
tiap kali balik kg,mesti nak makan my mom's curry mee;)
specially raya time..patut dah start try buat jgak la,turun ilmu..

babe,u bz2 sempat lagik masak ek!salute u..
ur recipe pun mmg walla..
patutnye korang tak boleh update menu2 korang masak tau..mak buyung ni tgk,asyik telan air liuq je..
tau!

Nadine said...

Me and Fadzil LOVES mee curry too!! Mmg drooling habis tgk urs, Thara. Mesti sgt sedap nie ;)

U know, Mee Kari sgt dekat dihati I. It's the first dish I ever cooked in a competition. Masa tu form 1, pertandingan masak ERT for KH: category hidangan sepinggan lengkap. Tp menang sampai peringkat daerah je la :)

Ietams said...

memang sedap mee kari ni kan..
buat sendiri puas hati..
makan ikut suka nak tambah byk2 & byk kali..
salam kenal

powluck said...

sedapnye...
salam kenal..
lwt2 la blog sy yea..

Thara said...

jay :
it is easy, and it's worth trying! try it and lemme know what u think of it! :D

nadia :
hahah ye ke! in that case, u should try trying and make it for yourself! im telling u, it's very easy to make, cuma renyah sikit je lah, sbb barangnya byk kan :P

haha mcm ni lah, kalau nak, u are always welcome to set a date, i'll fix a curry mee especially for u! hows that? :D

nadine :
hahahaha takde la uuuu. im sure kalau u masak lagi 1000x sedap bcoz ure a good cook urself! :D

fuiyoooo siap masuk competition tu tak tahannnn! recipe misti mantap sbb itu siap bole menang sampai peringkat daerah! share plsssss! :D

letams :
hahaha yessss, bab menambah tu yang susah hati tu. setiap kali tambah, misti rasah bersalah :P salam kenal to u too! :)

powluck :
hehe lagi sedap kalau u try buat sendiri and rasa hasilnya! :D salam kenal jugak, insyaallah will do that! :)