Tuesday, May 24, 2011

Awak Layak Ke Terima Duit Hantaran Beribu-Riban?

Marriage. It's that one stage of life that most of us look forward to. Some of us are willing to spend A WHOLE LOT just to keep up with the crazy 'current trend' nowadays. The question is, will the 'current trend' guarantee happiness?

I came across this VERY interesting blog entry that actually made me think. It's about dowry or 'duit hantaran' in Malay.

picture credits to Google.com

After reading the entry, I can't help but to agree to the things that he highlighted. I have shared the link to this blog entry in my tweet previously. But I thought I'd just share the extract of the blog entry here again, for all of you to read as well, just in case if you're not my Twitter follower.

To all my single friends (boys & girls) who are not married or planning to get married, do read the entry below! It's truly an eye-opener. Well, to me at least.

To all my married friends, do spread the message around. Ambil yang baik, and perhaps educate our families & friends mana-mana yang patut :)


Jangan Sayang Aku Kerna Aku Tinggi

gadis semakin lama semakin mahal

aku pun tak paham kenapa. hari ni ade jemputan kawen untuk family aku. so, tadi aku sajelah aku tanye kakak aku berape hantarannya, dengan nada cool bagai sesuatu yang norma, kakak aku kate, “hantarannye 12ribu”. apekegile!!! oh duniaaaa.. kau menyukarkan lelaki miskin macam aku untuk cepat ade anak.. ohooo~

ianya perlu diubah!! ye, aku perlu ubah mendealah fenomena gadis semakin mahal ni. selagi ianya berterusan, selagi itulah gadis akan semakin mahal, semakin mahal dan semakin mahal. ini tak bulih dibiarkan. perlu ade pencetus, yang akan membuatkan lelaki-lelaki miskin yang nak kawen berkata, “hantaran dorang tu seribu setengah je.. takde masalah pun. kawen jugak. bahagia jugak. so, aku pun kawen nanti nak hantaran seribu sengah jugakla”. heh!

kereta, komputer dan gadis

kereta, semakin hari semakin murah. begitu juga dengan komputer, semakin hari semakin murah. ini menunjukkan teknologi semakin berkembang. bila sesuatu itu semakin berkembang, harga akan berkurang dari semasa ke semasa. gadis pula lain ceritanya. semakin tidak berkembang, semakin mahal! itulah yang berlaku pada gadis pada hari ini. kalau orang dulu-dulu kahwin, hantaran untuk gadis 3,4 ratus. habis kuat seribu dua ribu camtu. sedang dalam diri gadis itu, al-Quran 15juzuk dia hafal. paling koman surah al-mulk jadi amalan. sembahyang tak tinggal. masak, jangan kau cerita. segala negeri punye masakan dia bulih tibai jadik segala. daging salai lomak cili api, laksa penang, baryani gam, cek mek molek, sata, kuah lodeh, segala ceruk mane punye masakan buleh. hantaran 3 ratus, pakej lengkap, bahagia ke akhir hayat lagi.

la ni, hantaran 8ribu, oh tak, 10ribu, err.. sekarang 12ribu ke 20ribu.. tapi masak?? arararara.. kuah kacang pun bukak mesra.net camne cite bai? nak masak asam pedas, rase bubur lambok kot! masak buleh kawtim lagi kot.. kot la. al-Quran.. surah-surah lazim pun terkial2.. jap, check balik fatihah pun ade yang tak molek lagi. itu hantaran beribu riban tu dol! pendek kate, dalam dunia kegadisan, semakin tidak berkembang ilmu di dada, dunia meletakkan harga yang semakin mahal. silap2, belum sempat habis bayar loan kawen, dah cerai. berlaku kan?

aku tau, yang bace akan cakap, kau ingat gadis ni ape, barang! harga gadis semakin mahal pulak!! bukan, aku tak cakap gadis itu barang. gadis itu sesuatu untuk dimiliki untuk sama-sama berkongsi hidup dengan. so, kau yang faham tentang gadis itu bukan barang untuk dijualbeli dan diperdagangkan, mesti kau tidak akan kisah pasal hantaran bukan. tapi masalahnya, manusia hari ini yang meletakkan gadis itu bagai barang! nilai semakin mahal bila semakin tinggi mutunya(kunun dengan ade kelulusan), semakin mahal bila ianya semakin cantik(kunun hot la), semakin mahal bila ianya limited edition(kunun dianya anak tunggal).. nah! kau yang letakkan nilai gadis itu macam barang bukan!

kereta, komputer dan gadis, bila kita pilih untuk memiliki, semuanya ade spec(specifications) masing2 bukan? kau mesti mahu yang terbaik, dengan harga yang terbaik untuk kau jugak. dunia hari ini banyak menyusahkan kita. dengan berleluasanya fahaman kunun ade nilai standard dalam hantaran mengikut zaman. contohnya zaman la ni, rm10ribu tu at least. gile betul! aku yang tak fikir pasal kawen lagi ni pun dah terasa getarnya. kamonlaaa… takkan takde gadis yang faham?? seksa kot nak kumpul rm10ribu.. tu hantaran je tu.. majlis lagi.. beli barang2 hantaran lagi.. koman2 rm30ribu kot nak kena standby. adess.. pastu bulan2 nanti nak bayar duit loan kawen, loan kereta ngan rumah lagi. ohhhhh~ hidup dengan hutang sampai mati. silap2 wasiat pun sampai tulis suruh anak sambung bayarkan hutang. aku bercakap dari sudut seorang lelaki miskin macam aku.. kau yang kaya, duit berlori-lori takpelah.

aku menulis bukan mengatakan aku anti pada hantaran mahal. sekadar aku mahu gadis hari ini faham akan beban lelaki yang tak berduit. cuba letak diri korang kat tempat lelaki yang nak gile kawen ngan korang tapi takde duit sampai kena buat loan untuk hantaran 10ribu tu. huhh! tak pun, camnilah. ape kate korang je yang bagi hantaran kat lelaki? haa.. best gak tu! kat akula especially.. amacam??

kesimpulannya.. aku rase, kawen tak patut dijadikan beban. aku rase belambak artikel pasal mahar/hantaran kat internet ni. aku tak bace pun aku tau die mesti nak suruh gadis2 sedar tak payah mahar mahal2, same macam ape aku tulis. lagipun aku bukan gadis untuk bace artikel camtu. aku tulis pasal ni sebab tibe2 aku rase aku perlu ubah fenomena ni. semangat macam semangat luffy tibe2 menjelma dalam diri aku. ho!

Extract from http://parkins07.wordpress.com

Now, what do you all think? Make sense, no? :)

19 comments:

Iylia said...

make sense la jgk..

Nurul Says said...

sepatutnya duit hantaran tu atas persetujuan dua belah pihak tak kisah la tinggi ke rendah kan..sebab duit tu nnt yg akan cover semua perbelanjaan sepanjang majlis berjalan..pendek kata ikut lah kemampuan kan...

semut-terbersin said...

kan? sekarang trend hantaran paling koman rm12k..merata2 laa skang hantaran paling koman rm12k..time kita2 dulu rm10k..tp sbenarnye semua tu atas kehendak parents sebenarnye..tuk perbelanjaan majlis..tp tatau laa kalau ada pengantin perempuan yg mengeletis nak duit hantaran banyak2 masuk poket dia sorg, mak paknye jugak kuar duit tuk majlis..tp kene laa kesiankan pengantin lelaki jugak, nak kumpul duit bukan senang..takpon senang citer, sama2 laa kumpul duit..sbb nak pakai duit bukan setakat tuk majlis kawen je, lepas2 tu lagik byk nak kene guna duit..tp kalu pengantin lelaki mmg rela hati nak kasik hantaran byk2, itu sudah rezeki beb..bak kate aima, ikutlah kemampuan..

Thara said...

stormz :
kan? i paling suka part yang dia bezakan gadis dulu dgn gadis skang. it's true, girls nowadays, hantaran mak aih beribu riban, tapi pegang senduk pon tak penah! camane tu.

Thara said...

aima :
betul babe, i totally agree with u. kene ikut persetujuan dua-dua belah pihak. in fact, pada i, tak salah pon kalau pompuan tu nak mintak lebih sket utk help the family contohnya, tapi kene ada cara. and kene ada persetujuan dua-dua belah pihak. tapi sblm nak mintak beribu riban tu, pikir jugak lah dulu. layak ke nak mintak beribu riban tu? kalau rasa diri layak, by all means, go on! :)

Thara said...

semut :
true that babe, true that! tapi masalahnya, skarang ni byk je i dgr girls nowadays yang on 'cloud 9' and rasa diri dia gah to receive hantaran beribu riban, siap demand apa semua! pada i, kurang manis la kan for a girl to do that. some even compare duit hantaran dia and kawan. happens a lot in the society nowadays! haihs. but then again, mcm i ckp dkt aima tadi, kalau perlu untuk tujuan nak tlg family ke, then ada caranya. tapi jgn sampai membebankan! In fact, Rasulullah SAW pon pernah bersabda, "Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya." Wallahualam. :)

reena said...

Nanti nak kahwin, i tak mintak barang hantaran macam handbag, perfume, makeup, ipad, dslr etc etc etc. Just duit hantaran (tu pun dah DISKAUN. tak sampai RM10K pun), mas kahwin & cincin. THAT'S ALL. Untung tak bf i? Hehe.



About duit hantaran, i think biarlah atas persetujuan 2 belah pihak. Kalau pihak lelaki nak & mampu bagi ratus ribu sekalipun, biarlah. Untung si perempuan. Mungkin itu tanda lelaki itu menghargai bakal isterinya. Kalau tak, yang perempuan pun terimalah seadanya berapa lelaki itu yang mampu beri..

Thara said...

reena :
well said! i cannot agree more. betol, kalau lelaki tu mampu, and dengan rela hatinya nak kasik duit hantaran setinggi gunung, memang rezeki the girl. :) tapi the girl janganlah mendesak (which is sadly, what's happening in the society nowadays as i can see) and sepatutnya terima lelaki tu seadanya.

ps : wah, reena lah bakal pengantin paling terbaik penah thara kenal! :D tabik springgg sama lu bebbb! :P

alinyussuff said...

To an extend, I agree with what he has to say. But at the same time, kite kene tengok nilai duit tu sekarang. I guess dulu 300-400 utk hantaran cukup untuk cover kenduri. Tapi sekarang nilai 300-400 tu apa yang kita dapat. Hantaran tu kan selalunya pakai untuk cover duit majlis and such. I am not a pro of having hantaran yang tinggi, and I personally agreed to a number which is less then 10k but in my opinion, duit hantaran to jadi amount yang banyak sebab nak cover perbelanjaan yang banyak untuk majlis.

amirah said...

This is my biggest problem now. People expect me to receive duit hantaran yang melampau-lampau tingginya just because I will graduate with PhD soon. Pening~~

I don't expect much from my future husband. My parents neither. Cukup kalau bakal suami boleh jadi imam. Hafal juz yang ke-30 dalam Al-Quran. Bukan 30 juzuk. Just juz yg ke-30.haha. Pasal duit hantaran, hmm, kalau letak RM999 makes sense tak?hahaha..=))

Tq for sharing..this triggers me a lot..=))

einsamsoldat said...

10ribu.... jual anak ker? I agree that dowry is best negotiate based on how much both can afford. Else, the newly married couple will be heavily in debt. And it may becomes the reason y the in-laws not getting along.

Thara said...

alinyussuff :
i completely agree. like i said in one of my replies to my friends up there, there is nothing wrong for the girl to ask for a high dowry kalau niat nak tolong family, tapi mistilah kene caranya, ye tak? :) mistilah kene ade persetujuan kedua-dua belah pihak. kalau pihak lelaki pon mmg tak kesah nak kasik hantaran menggunung, why not right ;) abt the value dulu & skarang is not the point here. i guess what the author is trying to say is that, if u have to ask for a high dowry, try to at least be someone worth the 'value' u ask for. wallahualam. :)

ps : i personally feel that a wedding does not have to be extravagant. islam selalu menekankan kita untuk selalu beristiqamah but it's ridiculous to know the amount of fortune ppl actually spend just for this 'one special day'!

Thara said...

amirah :
oh yes, i think u penah bitau i about ur dilemma ni dulu! :) don't worry babe. mcm i ckp, benda ni atas persetujuan dua-dua pihak. if Am tak kisah memberi, u cakap alhamdulillah je lah. pastu sengih lebor-lebor. hahaha. cumanya, it only becomes an issue if the girl/girl's family mendesak. itu yang kita taknak. itu yang kita risau. elok-elok majlis tu dibuat untuk mencarik keberkatan & keredhaan, nanti dah jadik lain pulak. kan? :) i suka part u ckp u want ur hubs to be an imam. that's supposed to be the dream that all of us women look forward to kan! :)

Thara said...

einsamsoldat :
hehe yeah, that's what they always say. but on the other note, it is also believed that the amoun of dowry is used to help the family to cover all the wedding expenses, of which i totally understand. but i guess, kalau kita tak sebok nak buat kenduri grand-grand, then the cost that we have to bear pon takde lah kena 'grand-grand', no? :P

Mijoe said...

apa2 pun, biar la bersederhana dan ikut kemampuan.

yang penting, kita nak keberkatan dalam ikatan perkahwinan tuh.Biar berkekalan selama-lamanya. Amin untuk semua.

Ujang9897 said...

nasib baik dpt bini yg ok..=)

FN said...

kekadang kan, bkn pompuan yg letak. mak pak, makcik tok cik, pakci yg suh mintak bebanyak tu. haa, tu yg baru ni kuar stats kate ramai pompuan kawin lmbt. mane tak nye, dah hantaran tgi sgt. dah kate nak sehidup semati, share duit hantaran tu pun to me lebih afdal, susah senang same2 kan. mmg btl lah ape yg die tulis, kot smp dlm wasiat pun suh anak smbg byr duit loan kawin bapak

Brocade Blue said...

the marital sex better be worth it

Ana Rashidah said...

as salam,

totally agreed dengan entry ini. in my case, arwah ayah dah berpesan yang dia dan emak tak akan meletakkan berapa duit hantaran untuk anak-anak. itu adalah terpulang kepada bakal suami. yang arwah ayah tetapkan adalah nilai mas kahwin. maknanya nanti my sister pun akan dapat mas kahwin yang sama dengan apa yang i dapat.

my parents punya prinsip, kenduri walimah adalah tanggungkawap kedua ibu bapa. jadi kenapa mereka perlu nak membebankan bakal suami. nak buat walimah pula, ikutlah pada kemampuan masing-masing.

ayah & emak juga sepakat mengatakan duit hantaran adalah untuk saya dan mereka tak akan mengambil sesen pun. dalam family saya, memang dari zaman mak dan makcik-makcik sebelah ayah dan emak, duit hantaran adalah untuk pengantin perempuan. untuk mereka beli barang-barang untuk mulakan hidup berkeluarga dan juga untuk tambah duit mas kahwin untuk beli barang kemas.

alhamdulillah saya juga setuju dengan pendapat arwah ayah dan kami putuskan, wang hantaran itu adalah terpulang kepada berapa kemampuan bakal suami saya. bagi kami, kehidupan selepas berkeluarga itu lebih mencabar dan memerlukan banyak perbelanjaan daripada nak menghabiskan puluhan ribu hanya untuk satu majlis. dengan emak pun saya dah berpesan, tak perlu dikhabarkan berapa nilai wang hantaran saya kerana mungkin bagi orang A, nilai wang hantaran saya besar tetapi kecil di mata orang B. saya tak nak ianya menimbulkan sebarang fitnah dan buah mulut orang. cukup hanya emak saya dan adik yang mewalikan tahu berapa nilainya.